
MADRASAH TAHFIZ AL FURQAN (MTAF)


Untuk berdaftar dengan JAIS, pihak sekolah telah mendapat kelulusan daripada tiga badan iaitu PBT (MBSA), BOMBA dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Inspirasi Penubuhan
Inspirasi menubuhkan Madarasah Tahfiz Al Furqan) ini bermula dari sekumpulan ibubapa prihatin yang berhasrat untuk melaksanakan dan mengekalkan pendidikan integrasi.
Madrasah Tahfiz Al Furqan telah ditubuhkan pada tahun 2014. Sekolah Menengah Islam Al Furqan pula telah ditubuhkan pada tahun 2024
SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL FURQAN (SMIAF)
SIJIL PENDAFTARAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)


Hafazan Al Quran & Akademik




Silibus Hafazan Al Quran MTAF & SMIAF
Silibus Hafazan Al-Quran yang dirangka secara sistematik dan berperingkat mengikut keupayaan pelajar. Melalui pendekatan tersusun dari Tahap 1 hingga Tahap 3 bagi MTAF serta Tahfiz 1 hingga 5 bagi SMIAF, program ini memastikan setiap pelajar menguasai hafazan dengan progresif dan berkesan.
Disertakan juga pelbagai aktiviti hafazan seperti motivasi, musabaqah dan anugerah kecemerlangan bulanan bagi memupuk semangat, disiplin dan kecintaan terhadap Al-Quran.
Program ini bukan sekadar hafalan, tetapi juga usaha membentuk generasi muda yang beriman, berakhlak dan berilmu Al-Quran.


Silibus Akademik KSSM


🔹 Menengah Rendah (8 Subjek)
Memberi asas kukuh dalam akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, dan Sejarah, disertai dengan pendidikan Islam dan Bahasa Arab bagi membentuk kefahaman agama yang menyeluruh.
🔹 Menengah Atas (9 Subjek)
Menambah subjek seperti Tasawwur Islam dan Ekonomi bagi memperluas kefahaman pelajar tentang dunia Islam dan aspek kehidupan moden.
Keseluruhannya, silibus ini membantu melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin, berakhlak mulia dan mampu mengimbangi antara duniawi dan ukhrawi, seiring dengan visi MTAF & SMIAF untuk membentuk generasi Qurani berdaya saing.
Silibus ini mengikut struktur Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan penekanan kepada keseimbangan antara ilmu akademik dan pendidikan Islam.
Aktiviti-aktiviti Sekolah
UNIT BERUNIFORM
KADET REMAJA SEKOLAH MUSLEH (KRSM)


62
12
Bilangan Guru
Bilangan Pelajar
KELAB DAN PERSATUAN
SUKAN DAN PERMAINAN
PERKHEMAHAN
KURSUS KEPIMPINAN
USRAH
PROGRAM MENTOR MENTEE
PROGRAM SELEPAS PEPERIKSAAN
Aktiviti Tahunan Madrasah Tahfiz Al Furqan dan Sekolah Menengah Islam Al Furqan

Kelas dan Dorm MTAF








Testimoni




