Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan

Membina Generasi Rabbani, Berilmu & Berakhlak Mulia

Di Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan, kami percaya bahawa pendidikan bukan sekadar pencapaian akademik — tetapi satu perjalanan membentuk jiwa, minda dan akhlak anak-anak. Kami menggabungkan pendidikan akademik berkualiti tinggi dengan nilai-nilai Islam yang syumul, bagi melahirkan insan cemerlang dunia dan akhirat.

Dengan pendekatan integrasi kurikulum KPM dan kurikulum Islamik, serta bimbingan guru-guru berpengalaman dan penuh kasih sayang, Al Furqan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, selamat dan membina sahsiah.

Kami bukan sekadar mengajar membaca, menulis dan mengira — tetapi juga membimbing anak-anak untuk mencintai al-Quran, memahami adab, dan menjadi pemimpin kecil yang berani dan bertanggungjawab.

Al Furqan bukan sekadar sekolah. Ia adalah rumah kedua untuk anak-anak membesar sebagai hamba Allah yang berilmu, berakhlak dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Kenapa Pilih Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan (SRIIAF)?

Tempat Terbaik Untuk Anak Membesar Dengan Ilmu, Akhlak & Jati Diri Islam

Gabungan Akademik + Agama + Integrasi

Di SRIIAF, anak-anak dididik dengan kurikulum akademik KPM, digabungkan dengan pengisian agama yang menyeluruh. Anak-anak bukan sekadar cemerlang dalam pelajaran, tapi juga rohani dan sahsiah.

Berpengalaman Sejak 2012 & Berdaftar Di Bawah JAIS

Telah beroperasi lebih 10 tahun, SRIIAF terbukti konsisten dalam membina generasi yang berilmu dan berakhlak. Ia juga diiktiraf dan dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Keseimbangan Dunia & Akhirat

Kami percaya kejayaan sebenar bukan sekadar keputusan peperiksaan, tapi juga persediaan untuk kehidupan selepas dunia. Anak-anak dididik dengan kesedaran akhirat dari awal.

One-Stop Center

Semua keperluan pembelajaran anak – akademik, agama, aktiviti dan kebajikan semua tersedia di bawah satu bumbung. Mudah, selamat dan tersusun.

Peluang Lanjut ke Sekolah Menengah Berasrama Penuh

Pelajar SRIIAF berpeluang menyambung pengajian ke peringkat menengah berasrama penuh, melangkah ke fasa seterusnya dengan asas yang kukuh.

Yuran Serendah RM450 Termasuk 2x Makan Sehari

Kualiti tinggi, kos berpatutan. SRIIAF menawarkan pendidikan berkualiti dengan yuran mampu milik, termasuk makan tengah hari dan minum petang.

Sejarah Sekolah

Penubuhan Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan (SRIIAF) tercetus daripada inspirasi sekumpulan ibu bapa yang prihatin dan berwawasan. Mereka berhasrat untuk menyediakan sebuah institusi pendidikan yang mampu menggabungkan pendidikan agama dan akademik dalam satu sesi persekolahan yang harmoni dan bersepadu.

Dengan niat untuk melahirkan generasi anak-anak soleh yang cemerlang dunia dan akhirat, SRIIAF mula beroperasi secara rasmi pada 12 November 2012. Sejak itu, SRIIAF terus komited dalam membentuk pelajar yang seimbang dari segi ilmu, akhlak dan jati diri Islam.

Galeri SRIIAF

Program Selepas Sekolah

Lawatan Sambil Belajar

Kejohanan Sukan SRIIAF

Sambutan Kemerdekaan